Want your
own Fotopage?






 
foto klasik untuk masa depan...
malaysia
By: kisah klasik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Sunday, 31-Jan-2010 23:59 Email | Share | | Bookmark
Netherlands - Vlakwatercross 2

Ni dah nak dekat finish line ni!
Lepas semua sampai
Olok-olok pun cukupla
Yang penting, dapat rilek dan tenang lepas satu bulan yang penuh dengan homework, project dan exam. Tak dapat balik kampung Malaysia, balik kampung Meerlo pun cukuplah. Emaknya takde dalam gambar sebab tak lari dan serta merta menjadi jurugambar. Nasib jurugambar, selalu takde dalam gambar. Ha, Martijn tempat pertama untuk kategori amatur. Bapaknya pula peserta paling tua dengan masa 20minit 40 saat. Ha, laju kan? Tapi tengokla keliling, penuh dengan snow...


Sunday, 31-Jan-2010 11:59 Email | Share | | Bookmark
Netherlands - Vlakwatercross 1

Start!!! Cuba cari mana Azwan. Gambar ihsan AVT Venray
Ni terus hilang dari pandangan
Habis satu pusingan, teruskan pusingan kedua
Exam dah habis hari Khamis lepas. Sebelum start semester baru, ada la cuti tiga hari, termasuk weekend. Dah lama tak masuk race. So Martijn ajak join crossroad race dengan bapaknya, lari dalam hutan, ataupun erti kata lain, bukan atas jalan tar. Cuaca sebelum tu ok ja, sejuk tapi tak snow. Elok ja Sabtu, terus snow lebat. Makanya, dari offroad jadi offroad-snow race.
Jaraknya 4.05km, 2 kali pusingan 2km dalam hutan berdekatan Venray diberi nama Vlakwater. Sebab tu race ni diberi nama Vlakwatercross. Berjaya menamatkan larian 4.05km dengan masa 19minit 35saat. Berjaya mencapai target untuk tamatkan larian bawah 20minit, sebab bulan Januari busy dengan sekolah, tak banyak training pun. Berjaya juga mengatasi bapa Martijn, Harry walaupun 2-3 hari sebelum race, Harry dah warning dia pergi training 35 minit untuk 7.5km, laju tu.


Sunday, 10-Jan-2010 11:59 Email | Share | | Bookmark
Bemelen - Samson & Simsin

Samson
Tuan baru dengan Samson yang baik
Simsin
Kawan baru! Comel tak? Panjang ceritanya cemana dua ekor guinea pig ni boleh berada dalam bilik ni. Dipendekkan cerita, depa dua ni duduk kat bilik sebelah ni dengan tuannya, Anna. Tapi start bulan Januari, Anna pindah bilik baru dekat dengan city centre dan bilik barunya tu tak dibenarkan membela haiwan peliharaan. Sembang sembang, Anna pun tanya la nak jaga tak depa ni? Awal cam teragak-agak tapi lepas Anna pi amik depa bagi pegang jap, terus setuju nak jaga sebab depa tengah buat muka comel. Lagipun tak susah dan tak banyak belanja nak jaga diorang ni. Anna pun bagi jaminan, kalau nak tinggalkan diorang nanti, boleh pass balik dekat dia. So, dapatlah dua ekor ni pindah ke rumah baru. Yang cokelat tu memang dah ada nama, Samson. Yang tompok tu takde nama. Maka tuan barunya terus bagi nama Simsin. Tapi Simsin ni garang, habis dicakarnya tangan. Pastu lari kalau orang pergi dekat sangkar. Samson plak punya la manja. Boleh ja nak dukung sentiasa. Awal awal ni diorang masih takut dengan tuan barunya. Hopefully lama lama semakin manja dan semakin tembam. Here come my A-Force!


Saturday, 26-Dec-2009 23:59 Email | Share | | Bookmark
Meerlo - Xmas 3

Another makan time
Kopi espresso
Game time!
Xmas hari kedua giliran kami pula masa untuk orang tua. Adiknya dah balik ke rumah bakal mak bapak mertua. Menu yang kami masak, daging kambing panggang dimarinate dengan madu dan herba. Then kentang putar dengan turnip dan sayur adik beradik brocoli berbentuk pokok krismas. Lepas makan, cuba try test buat kopi dengan teko kopi yang baru dapat semalam. Kemudian main board game 'Risk' yang Martijn dapat untuk hadiah Krismas.


Friday, 25-Dec-2009 23:59 Email | Share | | Bookmark
Meerlo - Xmas 2

Dad & Son tengok gambar zaman kanak2
Big Xmas dinner!
Lepas makan keluar amik gambar Church
25hb, bangun lambat sebab malam tu buka hadiah sampai kul 3 pagi. Bangun ja terhidang big Xmas breakfast. Lepas tu duduk merilekskan badan sambil menonton rancangan Xmas, cam rancangan raya la juga. Lepas tu the most waiting part, Xmas Dinner! A very good one. Diorang makan daging arnab liar, nampak sedap tapi takleh la nak tumpang sekaki. Kita makan menu istimewa la, daging kambing dari kedai orang Turki. Still sedap sebab boleh makan dengan sos arnab tu juga, sos buah cranberries. Lepas makan sampai 4 courses, minum kopi dengan kek la pulak. Lepas tu masa untuk menonton filem, 'Little Miss Sunshine'. Filem yang membuatkan satu keluarga tertawa, bagus untuk Xmas bersama sama.


Thursday, 24-Dec-2009 23:59 Email | Share | | Bookmark
Meerlo - Xmas 1

Xmas gift for a good kids =)
Hadiah dari Martijn disampaikan oleh Maarten
Muka gembira
Untuk kali kedua merayakan Krismas di kampung Meerlo. Of course tahun ni kena pergi sebab dah dekat sangat. Nasib baik tak book any holiday sebab kebanyakan flight cancel sebab salji tebal. Lagi bagus beraya di kampung. Kali ni tukar sikit, buka hadiah malam sebelum Krismas.


Sunday, 20-Dec-2009 23:59 Email | Share | | Bookmark
Bemelen - Trekking 2

Renyah kena buka glove nak check handphone
Salji memutih
Ribut salji


Sunday, 20-Dec-2009 11:59 Email | Share | | Bookmark
Bemelen - Trekking 1

Depan bilik
Depan rumah
Pekanku
Hari ketiga Taufiq dan Farid datang melawat, kami terperangkap di dalam bilik disebabkan salji yang tebal. Lagipun hari Ahad semua kedai tutup. Plan awal nak pergi trekking ke dalam hutan tapi disebabkan salji dah melitupi hampir keseluruhan alam, kami berjalan di sekitar kawasan yang senang ja, takut tersesat dalam hutan. Masa keluar tu pun dah nak gelap (kalau waktu Winter ni pukul 4 dah nak Maghrib), jalan dekat-dekat ja tangkap gambar dan main salji.


Saturday, 19-Dec-2009 23:59 Email | Share | | Bookmark
Netherlands - Valkenburg 2

Lepas keluar dari Gua
Naik atas bukit
Turun bukit
Kat situ ada juga cable car nak panjat bukit. Takdela tinggi sangat bukit tu, siap ada ruang pejalan kaki kalau nak panjat. Harga cable car tu pun murah ja, tu yang naik cable car, at least boleh gak tangkap gambar pemandangan. Ruginya, slide ditutup sebab dilitupi salji. Lain kali datang lagi waktu musim panas.


Saturday, 19-Dec-2009 11:59 Email | Share | | Bookmark
Netherlands - Valkenburg 1

Berhenti untuk Windmill
Atas Castle Valkenburg
Dalam gua bawah Castle
Valkenburg adalah pekan tarikan pelancong tempatan terletak 5km dari Bemelen. Kami menyahut cabaran untuk berbasikal kesana dalam cuaca sejuk bersuhu -12 darjah celcius. Terpaksa berhenti beberapa kali untuk memanaskan tangan yang dah kaku sebab terlalu sejuk.


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.